Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday 29 August 2012

Baca Manga ...???

Mangga boleh dibaca??
Macamana nak baca buah mangga ni? Hehehe hampeh je kan ayat atas ni.

Ye memang semua orang pun dah tau dan pernah tengok manga. Manga tu ape?

Manga adalah komik yang dicipta di Jepun dengan stail lukisan yang kemas dan menarik. Cerita yang pelbagai dan kreatif telah menarik minat anak muda di seluruh dunia untuk mengikuti hasil karya pelukis Jepun. Manga telah menjadi satu industri yang sangat menguntungkan bagi pelukis2 Jepun. Ia memberikan keuntungan yang tinggi dan populariti.

Namun demikian, apabila hasil karya mereka dimasukkan terus ke dalam internet tanpa kebenaran dan sebarang komisen, keadaan ini menjadikan mereka kerugian.

Terdapat banyak manga yang menarik di pasaran seperti
1. One Piece
2. Naruto (dah jadi merapu dah sekarang ni)
3. Bleach
4. Gantz
5. Fairy Tail
dan lain lain...

Terdapat banyak genre penceritaan tetapi yang diminati oleh saya kebanyakan berunsurkan pengembaraan dan cerita yang mempunyai watak berkuasa aneh...hehhe...mungkin saya pun aneh jgk...cuma xde kuasa je...

Laman yang disukai untuk membaca manga percuma antaranya adalah :
1. http://www.mangareader.net/
2. http://mangafox.me/
3. http://mangastream.com/
ada banyak lagi site lain untuk baca manga percuma tapi yang di atas adalah terbaik bagi saya.

Sekian entri merapu ke4 dari saya

No comments:

Post a Comment