Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday 29 August 2012

Gadget ku sayang ....

Entri poyo yang sengaja dimasukkan....sebab apa ye? hmm mungkin sebab kegembiraan mendapatkan gadget yang lebih baik...














Handphone yang lama adalah jenis ini .... Samsung Corby II ...
Hanya digunakan selama 6 bulan sahaja...

Oleh kerana terdapat beberapa masalah yang agak menyakitkan hati saya, saya menukar kepada telefon bimbit yang baru.

Masalah yang menyakitkan hati :
1. Keypad sesentuh yang terlampau kecil dibandingkan dengan tangan saya yang gedabak ni.
2. Skrin yang sensitif macam hampeh menyebabkan selalu terbuka apps yang x diingini terutamanya internet.
3. Budak2 bawak telefon yang lebih canggih! Paling x boleh blah....

Telefon ini sesuai untuk bebudak je kalo nak ikut pandangan saya sebab keypad kecil dan not  XXL size man user friendly!

Baca Manga ...???

Mangga boleh dibaca??
Macamana nak baca buah mangga ni? Hehehe hampeh je kan ayat atas ni.

Ye memang semua orang pun dah tau dan pernah tengok manga. Manga tu ape?

Manga adalah komik yang dicipta di Jepun dengan stail lukisan yang kemas dan menarik. Cerita yang pelbagai dan kreatif telah menarik minat anak muda di seluruh dunia untuk mengikuti hasil karya pelukis Jepun. Manga telah menjadi satu industri yang sangat menguntungkan bagi pelukis2 Jepun. Ia memberikan keuntungan yang tinggi dan populariti.

Namun demikian, apabila hasil karya mereka dimasukkan terus ke dalam internet tanpa kebenaran dan sebarang komisen, keadaan ini menjadikan mereka kerugian.

Terdapat banyak manga yang menarik di pasaran seperti
1. One Piece
2. Naruto (dah jadi merapu dah sekarang ni)
3. Bleach
4. Gantz
5. Fairy Tail
dan lain lain...

Terdapat banyak genre penceritaan tetapi yang diminati oleh saya kebanyakan berunsurkan pengembaraan dan cerita yang mempunyai watak berkuasa aneh...hehhe...mungkin saya pun aneh jgk...cuma xde kuasa je...

Laman yang disukai untuk membaca manga percuma antaranya adalah :
1. http://www.mangareader.net/
2. http://mangafox.me/
3. http://mangastream.com/
ada banyak lagi site lain untuk baca manga percuma tapi yang di atas adalah terbaik bagi saya.

Sekian entri merapu ke4 dari saya

Tuesday 28 August 2012

Ketupat palas

Pokok untuk makanan tradisi...
Pokok palas ini digunakan untuk membuat sarang bagi ketupat palas. Susah jugak nak cari pokok ni, tapi telah berjaya ditanam di rumah saya. Yeay!!

Yang ini pula adalah gambar ketupat yang telah siap dan sedia untuk dimakan. Ada orang suka goreng dulu sebelum makan, tapi saya lebih suka makan yang rebus. Ketupat yang digoreng akan berasa lebih berminyak dan mengganggu rasa pulut.

 Sedapnyer ketupat ni...tapi...mana rendangnyer?

Ehehe rendang xde tapi saya berjaya mencari gambar langkah membuat ketupat palas ini dari internet. Lebih tepat lagi dari blog ini http://www.suterakasihyann.com/2011/08/ww17-jangan-buat-ketupat-bulan-puasa.html .
Ehehe copy tanpa kebenaran... at least saya bagi link asal untuk penulis asal.

Kucing Comot

Comotnyer kucing ni...........


Nama : Comot
Jantina : Betina
Keluarga : 2 ekor anak
Kegemaran : Memanjat pokok dan mengejar tali

Langkah pertama

"Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama."

Perkataan yang penting dalam hidup kita semua. Untuk setiap perkara yang ingin dilakukan, perkara paling penting adalah mengambil langkah pertama. Oleh itu Khy menulis 'entry' pertama ini.

Masih belajar menggunakan blog sebagai diari dan catatan. Salam perkenalan untuk semua.

Macam la ada yang nak membaca blog ni sangat...